Sunday 18 October 2009

Alahai BBM 3412...

Pengalaman sepanjang mengikui kursus BBM 3412??...Hmmm...pelbagai pengalaman yang saya tempuhi. Minggu pertama dapat jadual kuliah terkejut mak....sebab ada kelas teknologi maklumat dengan dr normaliza. Bukan tak suka tapi... pengalaman semester 5 dengan dr dah dapat agak perkara yang sama akan berlaku...apa yek???...apa lagi banyak kerja le...hehehe..jangan marah dr ni cakap jujur takde selindung. Apa lagi, persiapan minda terus dibuat.

Kuliah pertama dr sah seperti yang semua orang jangka.dr dah "preview" antara tugasan individu dan kumpulan. Apa lagi, sebab nak belajar terima ajelah. Semester ni kami belajar facebook.Lepas tu saya jadi hantu facebook dengan kengkawan kuliah dan kengkawan sekolah. kalau dr perasan saya antara pelajar yang aktif facebook masa tu (bukan nak promo diri sendiri..hehe..) tapi selepas minggu raya slow sikit sampai la ni sebab sibuk assignment dan exams.

Kami juga kena update blog yang dah belajar semester 5 dan e-sastera. Tapi...2 kerja kumpulan yang memaksa saya dan kengkawan berdiskusi di latar siswa 2 kali jumaat sampai pukul 1 pagi. Syukur sangat-sangat sebab suami memahami sebab 1 lebih isterinya baru sampai rumah. Apa yang menyeramkan semasa drive sorang2 nak balik ke hulu langat ni.meremang tengkuk kalau ingatkan semula. Dapat pula esoknya sekolah ganti, tapi...saya tak pernah ponteng sekolah sebab penat belajar malam. Saya rasa kengkawan sekuliah pun sama kan. sebab kami baik-baik belaka.Kenape? tak percaya ke? Meh datang tanya GB saya...hehehe..

Apa yang buat lagi haru, semasa nak siapkan assigment soal selidik. Ketika nak siapkan benda yang satu ni macam2 hal berlaku. Tekanan darah jadi rendah, migrain menyerang dan demam sampai seminggu tapi redah gak buat akhirnya siap.dah hantar pun. Alamak!!! soalan exams banyaknye nak jawab termasuk apa yang dah belajar sem lepas. Syukur semuanya dapat jawab walaupun banyak sebab selalu beri perhatian dan duduk depan semasa kuliah.

Sekarang semua tugasan yang macam-macam ada dengan exams yang macam-macam soalan telah berjaya ditempuhi. Lega...kepalapun dah relaks. Apa-apa pun itulah namanya belajar. Terima kasih banyak dr...

Wednesday 7 October 2009

Training blog...

Dah 2 hari warga SKTP berkampung kat makmal komputer untuk menghasilkan blog masing-masing. Ramai yang dah ada blog. Apa lagi....updatelah. jangan satu bulan satu post termasuklah aku. Bagi yang baru ada blog mesti terujakan...sape yang rajin kat blog ni luahkan isi hati masing-masing untuk dikongsi bersama...

Monday 17 August 2009

PERMATAKU...



Kau sentiasa mendampingiku,
Tanpamu diriku pasti merana,
Tanpamu hati dan perasaanku lara,
Tanpamu kesedihan pasti melanda,
Tanpamu sepi diriku sentiasa.

Sayangku…
Kehadiranmu membuatkan hidupku bermakna,
Kehadiranmu menceriakan hayatku,
Kehadiranmu membahagiakan cintaku,
Kehadiranmu membuai impianku.

Kasih…
Engkaulah dunia,
Engkaulah ratu hati,
Engkaulah cinta abadi,
Engkaulah embun kasih,
Engkau sentiasa di hatiku.

tugasan 1- CERITERA CINTA..




Sekadar berkongsi cerita....Tempat Menarik Untuk Kita Lawati...

Semua orang tahu bahawa negara kita Malaysia mempunyai pelbagai tempat yang amat menarik untuk kita lawati. Tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia sama ada dengan keindahan pulau-pulaunya, kawasan peranginan tanah tinggi, atau tempat-tempat yang bersejarah. Setiap tempat ini mempunyai daya tarikan tersendiri yang dapat memikat pelancong sama ada dari dalam atau dari luar negara datang. Di sini saya ingin bercerita tentang keistimewaan bebarapa tempat yang menarik di Malaysia berdasarkan pengalaman yang telah beberapa kali bercuti ke sana.
Antara pulau yang menarik untuk kita lawati adalah seperti Pulau Langkawi, Pulau Redang, Pulau Tioman, Pulau Pangkor dan banyak lagi. Apabila berada di Pulau Langkawi, pastinya kita tidak akan berasa jemu (terutama bagi perempuanlah sebab seronok membeli-belah tetapi… bagi lelaki mungkin sebaliknya). Dataran Lang akan menyambut kehadiran kita ketika sampai di pulau bebas cukai ini jika datang dengan menaiki feri. Syoknye…. kerana di sini coklat dijual dengan harga yang memang murah. Begitu juga, bagi kaum ibu yang akan seronok sakan ketika membeli pinggan pangkuk berjenama dengan harga yang memang murah sehingga 30-40% berbanding harga di katalog. Di sini juga ada Telaga Tujuh, Makam Mahsuri, Beras Terbakar dan pelbagai lagi. Selain itu, tidak ketinggalan Pulau Tioman dan Pulau Redang yang memang cantik terumbu karang dan pemandangan di dasar lautnya. Ketika berada di pulau ini kita akan berasa aman dan tenteram daripada sebarang kesibukan.

Jika kawasan peranginan tanah tinggi pula kita akan berasa seronok apabila berada di Genting Higland. Di sini ada taman tema luar dan dalam yang mempunyai pelbagai permaianan yang menyeronokkan. Tapi…ada berani ka? Permainan di sini banyak yang mengecutkan perut. Selain itu, kita akan berasa seronok jika berada di Cameron Highland kerana dapat memetik sendiri buah strawberi. Di sini kita akan berasa tenang ketika menyaksikan sayur-sayuran yang ditanam segar, bunga ros yang mekar berkembang dan ladang teh yang menghijau.

Kawasan bersejarah yang menarik dilawati pula di Melaka. Di Melaka ada Taman Mini Malaysia yang terletak di Air Keroh. Di Taman Mini Malaysia ini kita boleh melihat sendiri keistimewaan 14 jenis rumah yang terdapat di Malaysia seperti rumah Negeri Sembilan (unik tau…ialah rumah negeri kelahiran aku), rumah Sarawak (Daniel dan Tien, kalau rindu kampung pergi le sana) dan banyak lagi. Berhampiran taman mini ini juga terdapat Taman Burung, Taman Buaya, Zoo Melaka, dan Dataran Pahlawan. Jadi kalau ke Air Keroh kira pakejlah sebab banyak tempat untuk dilawati…Wah, macam pemandu pelancong pulak den… Manakala, di Bandar Hilir banyak bangunan yang kaya dengan nilai sejarah seperti A’Famosa (peninggalan Portugis), Bangunan Stadhuys (peninggalan Belanda) serta Perigi Hang Tuah.

Jadi kawan-kawan, apa lagi hujung tahun ni pergilah bercuti dengan keluarga tersayang…Hargai dan sayangilah keindahan yang terdapat di negara kita…..sambil bercuti boleh merapatkan kasih sayang…

Bersua kembali.....



salam sejahtera semua,

Bersua kembali kita dalam blog saya. Emmm..semester ini dr normaliza mengajar saya dan rakan-rakan yang lain Teknologi Maklumat, Bahasa dan Kesusasteraan pula..Apabila ternampak sahaja nama dr normaliza dalam jadual kuliah semester ini hati saya sudah terdetik yang kami akan banyak mendapat tugasan amali. Jadi, ketika itu saya telah membuat persiapan minda sebelum memulakan kuliah pada hari pertama semester ke-6 ini. Ini kerana saya dan kawan-kawan telah pernah menjadi pelajar dr normaliza pada semester lepas. Pada awal semester lepas saya terkejut apabila mendapat seorang pensyarah yang garang dan tegas macam cikgu sekolah iaitu dr normaliza. Pada masa yang sama beliau pernah menggantikan dr arbai'e mengawasi kami semasa peperiksaan pertengahan semester 1 bagi kertas Bahasa Melayu Tinggi. Memang garang beliau ketika itu, sampai kami nak angkat kepalapun tak boleh. sampai lenguhlah kepala masa tu....

Tapi....itu dulu. Tak kenal maka tak cinta....Betul tak kawan-kawan? Selepas kenal dan menjadi pelajar beliau barulah kami tahu beliau mulut je garang tapi 'sporting' giler. Semasa kelas beliau kami boleh bergurau dan bergelak ketawa tapi tugasan mesti siap beb... malahan hubungan kami sekelas dengan dr dah macam kengkawan lak...tapi kami masih tahu menjaga batas masing-masing sebagai seorang pelajar. Betul tak dr?Aduh...dengan dr ni banyak sangat kerja amali... memang agak terbeban, maklumlah kamikan bekerja pada siang hari...dengan beban kerja lagi...Walau bagaimanapun semua tugasan beliau tetap akan siapkan walaupun kekadang tak ikut masa yang ditetapkan..(Kekadang ke selalu???...tapi tulah dr normaliza memahami kami). Kami pun sedar apa yang beliau lakukan itu untuk membantu kami supaya sentiasa celik dengan IT....Terima kasih dr, begitu juga dengan adik Alia yang selalu menolong kakak dan kengkawan kakak yang kecoh tu...

Wednesday 10 June 2009

Lauk kegemaran sekeluarga...


Sambal udang petai merupakan lauk kegemaran kami sekeluarga. Petai merupakan sejenis ulam yang boleh menambahkan kelazatan dan keenakan dalam masakan sambal udang. Sambal udang petai sungguh sedap jika dimakan bersama nasi putih...emm... Jika makan sambal udang yang lazat ini kadang-kadang tidak sedar yang berat badan yang semakin menaik ini... Ketika makan sambal udang petai ini dr. Normaliza lalu pun tak nampak tau...Yelah, dr. Normaliza kan comel je..bukan besar mana pun..he..he..jangan mare..


Sunday 3 May 2009

SELAMAT DATANG KE SINGGAHSANAKU...


ASSALAMUALAIKUM... HAI, APA KHABAR SEMUA? SELAMAT DATANG KE SINGGAHSANAKU. PENULISAN BLOG INI ADALAH UNTUK MELUAHKAN RASA DAN IMPIAN DIRI SAYA SEBAGAI SEORANG IBU TERHADAP KEEMPAT-EMPAT ORANG PUTERI SAYA YANG COMEL SEPERTI MAMANYA INI... HE..HE..


BAGI SAYA SETIAP IBU DI DUNIA INI MAHUKAN YANG TERBAIK DAN TERINDAH UNTUK ANAK-ANAK MEREKA.... BEGITU JUGA DENGAN DIRI SAYA. NAMUN, LUAHAN HATI DAN PERASAAN SAYA TERHADAP MEREKA DINUKILKAN DALAM BENTUK BAHASA YANG HALUS, SOPAN DAN BERADAB IAITU MENERUSI PENGGUNAAN PUISI SEPERTI PANTUN, SYAIR, SAJAK, GURINDAM DAN SELOKA....


PENGGUNAAN PUISI YANG BANYAK DALAM SINGGAHSANAKU INI ADALAH UNTUK MENTERJEMAHKAN NILAI RASA TENTANG PERASAAN, IMPIAN DAN PERASAAN SEORANG IBU DENGAN MENGGUNAKAN KATA-KATA YANG MUDAH, INDAH DAN BERSOPAN........PADA MASA YANG SAMA, SEMOGA KITA SENTIASA MEMARTABATKAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU AMNYA DAN MENGINGATI DAN MEMPRAKTIKKAN PENINGGALAN NENEK MOYANG KITA YANG TAK LAPUK DEK HUJAN DAN TAK LEKANG DEK PANAS......SELAMAT MEMBACA DAN BERKONGSI IDEA......